photo1.jpg photo2.jpg photo3.jpg

HELLO ASSALAMUALAIKUM I'M IZZATUL ANIS|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG

Syukur

Assalamualaikum&Hye

So harini Anis nak cakap sikit tentang syukur.

Dont know la ini cerita cliche or what 
Tapi ni benda Anis sendiri hadapi dan ianya sangat membuat Anis terdiam lalu tanya pada diri sendiri
"Apa lagi yg kau nk mengeluhkan?"
"Apa lagi yg kau rasa tak cukup?"

Since ibu jadikan anak jiran atas as anak angkat, kami rapat.
Iman (11tahun)
Anas (8tahun)
Naim (5tahun)
Muizudin (hampir 1tahun)
Walaupun depa bukan adik kandung Anis, tapi sayang Anis terhadap mereka dah sama macam sayang kepada Aiman.

Tadi nak ke Aeon Bandaraya Melaka lepas kelas. 
Lalu balik dulu dari UiTM Kampus Bandaraya Melaka untuk mandi dan tukar baju. 

Lepas solat asar, sesiap, dan ketika ingin start engine kereta, Anis perhatikan Anas dan Naim dari garaj rumah. Saat itu nampak mereka sedang bermain pasir lalu campakkannya diudara dan menari bagaikan menari dalam hujan pasir.
Lalu Anis marah. 
(Mestilah kena marah, kotor kot pasir tu)
Setelah itu mereka diam berdiri.
"Nak ikut kak Anis tak? Kak Anis nak ke Aeon?" Anis tanya.
Terus weyh terukir senyuman pada wajah mereka lalu kata "Nak, kejap ye beritahu ibu"
Dalam sekejap mata mereka sudah duduk dalam kereta buruk Anis.

Mereka ke Aeon memakain baju besar dan baju kotor okayyy

Pada mulanya, Anis memang malu.
Yela mereka tak kemas, bersih, memang nampak selekeh nya ke Aeon.

Sampai saja nak ambil tiket parking,

Naim pun berkata 
"Ehh Naim pernahlah pergi sini"

Mereka sangat teruja weyh Anis bawa mereka ke Aeon, SANGAT TERUJA.

Dari parking nak ke pintu masuk Aeon, Naim keep pandang bangunan Aeon dan cakap "besarnya bangunan ni Kak Anis"

He is jakun okay.
Memang malu gila bila orang lain yang lalu lalang pandang.
Semuanya berubah.
Bila Anis tengok wajah bahagia mereka.
Wajah sayu dan bersyukur dapat ke Aeon yg terukir dari wajah Naim dan Anas.
Allahu

Kenapa perlu Anis malu sedangkan Anis membahagiakan manusia?
Kenapa?
Kenapa perlu malu?

Setelah itu, Anis pun bawa mereka masuk My Home One 🏡.
Anis memang suka beli seluar disitu, (murah dan selesa)

MHO ada sediakan katil untuk memperagakan set cadar koleksi mereka.
"Naim tengok ni Naim cantik"- Anas
Dan Naim sangat manja yeee untuk pengetahuan kalian.
"Aah la Anas, memang cantik"- Naim
Dalam masa berjalan sambil melihat mereka supaya tak hilang dari kawalan mata, tetiba Naim berlari dan kata "Kak Anis, nanti Naim nak beli katil macam tu, nak suruh lori datang ambil bawa balik at rumah Naim, cantik Kak Anis, gambar superman"
Allahu
Serious masa tu tahan nangis.
Acah cool dan jawab jela okay.
Padahal dalam hati, menangis. 
Rumah dia rumah kayu, yang memang nampak susahnya. Ayahnya seorang contractor, ibunya housewife. Ibunya ambil dodol dan tolong packing, ada dodol ada duit, takde dodol takde duit.
Ibu nya mampu kerja itu saja kerana jaga atuk mereka yg sudah tua tak nampak. 
Okay sambung
Kira Anis faham susah mereka tu macam mana, sampai nampak katil yg diperagakan pun kata cantik.
Walhal Anis, tak pernah rasa tidur katil single, kongsi bilik dan sebagainya.
Itu pun masih mengeluh itu ini tak cukup.
Pada Naim pula? Dapat katil pun dah cukup membahagiakan.
Syukur apa yg aku cari selamani?
Kenapa keep mengeluh?

Lalu ke Popular.
Nak beli pen dan sedikit barang nak buat notes utk degree sahaja.
But I spent more there sbb kesian tengok Naim dan Anas.

Anas ke bahgian komik berbahasa English

Naim ke bahgian bedtime story yg ada puppet dan bahagian kanak-kanak.

Muka mereka semua menyedihkan.
"Kalau saja ibu ayah pernah bawa sini, tentu Anas sudah pandai bahasa English sebab baca semua komik ini"

"Kak Anis ini buku apa? Kenapa ada patung?"
Dan korang takkan pernah rasa malu tetiba ada budak menjerit nama kau just hanya nak cakap "wahhhhh Kak Anis! Banyaknya buku mewarna, Naim nak ini Naim nak yang tu jua, banyak la Kak Anis!"

"ini kedai apa Kak Anis?, bestnyaaaa"

Dan kau?
Masih malas membaca,
Masuk popular hanya utk novel melayu yg mana hero nya kaya heroin miskin lalu jatuh cinta kahwin dan bahagia dan jua untuk sebatang pen.

Kalau lah Anis tahu apa itu erti bersyukur
Mungkin semuanya yg Anis dapat sudah memadai.

Cukuplah sekadar Myvi tak perlu minta yg lebih,
Cukup la bilik seluas dan secantik itu,
Cukup la
Jangan la Anis keep mengeluh kata bilik kecil, almari baju tak cukup, almari tudung kecil.

Bersyukur nis

Ada orang yg tiada kereta,
Ada orang myvi tu adalah kereta keluarga dimana satu keluarga naik utk balik kg,
Ada orang yg lebih susah dari kau nis,
Bersyukur
Bersyukur
Bersyukur la

Dan sekiranya akan ada yang perasan Anis di mana mana selepas ini bersama Iman, Anas, Naim mahupun Muizudin yg berpakaian serba susah, nak gelak dan judge,
Silakan
Sebab korang takkan tahu cerita sebenar.

Katalah Anis miskin tapi acah kaya
Katalah
Lontarkan apa sahaja yg kamu mahu

Yang penting Anis bahagia dapat membahagiakan orang lain
Walaupun hanya dengan bantuan yg sekecil itu.

Semoga Anis dapat bantu mereka dari segi pendidikan.

Pahalanya besar oi

So start lah bersyukur dan cuba untuk melakukan kebaikan tanpa sebarang balasan ye sayang Anis sekalian.

Kerana

Bahagia tau bahagia gila bila dapat orang yg kurang berkemampuan dapat apa yg diingini dengan bantuan kalian.
Serious bahagia

Keep saying Alhamdulillah 

Bye! xoxo

Share this:

Powered by Blogger.

Don't miss new products

Subscribe here to get our newsletter, it is safe just input your Email and click subscribe

Contact Form

Contact us